Apa itu konsep 7S Business to Customer?
1. Senyum
Peniaga hendaklah senyum mesra kepada pelanggan sebaik sahaja pelanggan memasuki kedai. Ia merupakan daya terikan pertama untuk pelanggan merasa yakin berurusan dengan kedai tersebut.
2. Sapa
Menyapa pelanggan bukanlah perkara yang wajib tetapi pelanggan yang disapa terasa disenangi kehadirannya dan yakin urusannya sentiasa sedia dilayani. Sapaan adalah penghubung (connector) antara peniagaan dengan pelanggan atau penjual dan pembeli.
3. Senang
Peniaga bukan hanya perlu merasa senang dengan kehadiran pelanggan tetapi juga perlu merasa senang dan bersedia untuk melayani pelanggan pada bila-bila masa menurut kemahuan pelanggan.
4. Segera
Peniaga atau salesman perlu bertindak segera untuk memenuhi permintaan pelanggan. Jangan berlengah atau buang masa kerana pelanggan selalunya mahu urusannya disegerakan dan dipermudahkan.
5. Selesa
Apabila peniaga telah berjaya melaksanakan konsep 1 hingga 4, maka pelanggan akan merasa selesa berurusan dengan peniaga tersebut. Peniaga juga selesa apabila perniagaannya tidak tertangguh dan keuntungannya juga dibayar secara tunai. Kesemua ini akan diperolehi apabila unsur selesa dirasai kedua-dua pihak penjual dan pembeli.
6. Suka
Dengan keselesaan yang diperolehi oleh pelanggan maka ia akan merasa suka untuk terus berurusniaga dengan penjual terbabit. Sebab itulah wujudnya 'regular customer'.
7. Syok
Syok di sini adalah perasaan terikat dengan sesuatu produk atau servis yang pernah dilanggani daripada seseorang penjual atau kedai. Ia kemuncak kepada kepuasan memiliki dan membeli daripada seseorang penjual atau sesuatu kedai. Di tahap ini sudah wujud ikatan emosi antara penjual dan pembeli.
Biarpun peniaga kecil, kita seharusnya melaksanakan amalan yang baik dan menjadikan konsep perniagaan bersifat menang-menang (win-win).
Bukan Kebetulan
Semua orang yang kita temui bukan berlaku secara kebetulan.
Monday, June 16, 2008
Subscribe to:
Comments (Atom)
.jpg)