Teringat saya bagaimana seorang usahawan iaitu pemilik Karangkraf telah memanggil atau menggelarkan pekerja-pekerjanya yang seramai 1100 orang untuk 30 majalah dan entah berapa akhbar itu sebagai "karyawan". Sudah tentu pekerja-pekerjanya berasa bangga, dihargai dan rasa dipandang tinggi oleh majikannya. Secara tidak langsung suasana emosi yang selesa sudah terbentuk untuk para karyawan itu bekerja di Karangkraf.
Perkara kedua yang menambah lagi keseronokan para karyawan tersebut bekerja ialah mereka diberi kepercayaan untuk menjalankan kerja yang diamanahkan oleh majikan dan dalam masa yang sama mereka diberi ruang untuk berkembang mengikut kebolehan dan kreativiti mereka sendiri. Mereka juga diberi panduan asas bagaimana sesuatu kerja harus dilaksanakan. Sudah tentu cara ini membuatkan para "karyawan" itu lebih selesa dan berdaya kreatif kerana diberi tugas, kepercayaan dan kebebasan.
Saya juga perlu belajar untuk menghargai "pegawai-pegawai pemasaran" saya agar mereka lebih bermotivasi untuk menjual. Hmm.
Kita boleh belajar beberapa perkara daripada kisah ini :
1. Sesungguhnya cara kita memanggil pekerja menggambarkan bagaimana kita menghargai mereka. Ia nampak kecil tetapi memberi impak yang besar kepada motivasi pekerja.
2. Pekerja suka diberi kepercayaan.
3. Pekerja perlukan panduan.
4. Biarkan pekerja melakukan tugasannya dalam lingkungan yang mereka selesa kerana ini akan mendorong mereka lebih kreatif.
Saya juga perlu belajar untuk menghargai "pegawai-pegawai pemasaran" saya agar mereka lebih bermotivasi untuk menjual. Hmm.
.jpg)