Hampir 3 tahun (2 tahun 8 bulan) blog ini terbiar tanpa kata. Kali terakhir blog ini ditulis (Oktober 2008), waktu itu saya terpaksa membuat pilihan sama ada mahu meneruskan perniagaan kedai komputer/fotostat saya atau menjualnya.
Saya benar-benar dalam dilema waktu itu. Akhirnya saya membuat keputusan menjual perniagaan tersebut walaupun hati di dalam terasa sedihnya. Anak-anak juga agak sedih. Namun pengalaman yang pernah mereka perolehi sewaktu menolong saya dikedai sedikit sebanyak telah menanamkan minat berniaga dan berdikari dalam jiwa sebahagian anak-anak saya.
Jika ditanya mengapa saya menjual perniagaan tersebut, sukar untuk saya menjawabnya ketika ini. Mungkin saya merupakan antara peniaga yang pernah terduduk (belum tersungkur). Mungkin juga kerana komitmen terhadap keluarga mengatasi segalanya. Maklumlah ketujuh-tujuh orang anak saya sedang bersekolah menengah dan rendah waktu itu. Syukur, kini sudah dua orang di universiti. Mungkin inilah hasilnya terpaksa berkorban dahulu. Barangkali juga saya tidak banyak ilmu perniagaan sehingga saya tidak dapat membezakan antara menjadi pemilik perniagaan dan pengurus perniagaan. Kini saya sudah memahaminya setelah menghadiri banyak kursus dan banyak buku yang saya baca mengenai perniagaan walaupun itu semua belum menjadikan pengetahuan saya sempurna mengenai perniagaan.
Perlahan-lahan saya bertatih kembali selagi minat dalam berniaga belum mati dalam jiwa saya. Saya perlu menghidupkan usahaniaga jika ingin menghidupkan jiwa saya. Kerana dengan berniaga saya belajar banyak perkara tentang ikhtiar hidup, kesungguhan, kebijaksanaan, kesabaran, penghargaan, kepekaan, keikhlasan, persahabatan, persaudaraan dan ketuhanan. Lalu 2011 ini menjadi tahun yang bermakna untuk jiwa niaga saya.

.jpg)
No comments:
Post a Comment